
Rekaan Belakang OnePlus 5 Secara Rasmi Diperlihatkan
Sebelum ini kita telah melihat ketirisan reka bentuk OnePlus 5 dengan kedudukan posisi dwi kamera di tengah-tengah. Walau bagaimanapun, pihak OnePlus China telah mendedahkan rupa bentuk sebenar bahagian belakang peranti flagship terbaru mereka. Selain gambar rekaan, turut diberitahu tarikh rasmi pelancaran OnePlus 5. Pengesahan ini dibuat melalui laman Twitter OnePlus baru-baru ini.
Apa yang boleh dilihat melalui gambar ini, OnePlus telah meletakkan fungsi dwi kamera beserta LED flash secara bersebelahan. Juga terdapat garisan antena di bahagian atas kamera mirip seperti iPhone 7 keluaran Apple. Selain itu, peranti ini juga akan hadir dengan slot tambahan microSD, di bawahnya pula butang power manakala butang melaras suara di bahagian sebaliknya.
Reka bentuk pada OnePlus 5 ini juga kelihatan berlainan berbanding model-model sebelumnya. Ini mungkin para pereka ingin memberikan keselesaan kepada pengguna semasa memegang peranti ini nanti. Solekan pada telefon pintar ini juga mendapat kemasan warna hitam ‘mati’ yang menjadi trending buat masa ini. Pengasas OnePlus juga memberitahu bahawa produk terbaru mereka juga akan dilengkapi dengan sistem audio yang hebat.