Meizu Bakal Lancarkan Telefon Pintar 18:9 Pada 4 Januari Ini

Meizu sebuah syarikat yang berpengkalan di China dalam satu pengumuman mengatakan mereka akan melancarkan sebuah telefon pintar terbaru pada 4 Januari ini. Dalam perkongsian tersebut, peranti yang bakal diperkenalkan ini akan menggunakan skrin 18:9 seperti kebanyakan telefon pintar dari pengeluar lain.

 

Mengikut khabar angin, peranti yang diumumkan ini akan diletakkan di bawah siri-M yang berkemungkinan Meizu M6S atau Blue Charm S di China. Selain daripada skrin memanjang, ia juga dibekalkan dengan pengimbas cap jari dan butang kuasa di bahagian sisi peranti. Ia akan dimuatkan dengan cip keluaran Samsung bersama bateri sebesar 2,930mAh.

Apapun, kita tunggu sahaja sehingga pengumuman lanjut dari pihak Meizu berkenaan peranti ini dalam pelancarannya kelak.

Sumber

You might also like