OPPO F1 Plus Edisi Khas FC Barcelona, Kini Boleh Dibida!

BidingOPPO Malaysia hari ini telah mengumumkan ketibaan smartphone F1 Plus Edisi Khas FC Barcelona! Peranti ini tidak dijual secara terbuka, sebaliknya OPPO mengadakan sesi bidaan untuk mendermakan hasil jualannya kepada ’30-Hour Famine World Vision Malaysia’.

Lebih istimewa, hanya satu sahaja F1 Plus Edisi Khas untuk dibida dan ia berbeza daripada model edisi khas sebelum ini. Smartphone ini telah mendapat tandatangan dari pemain utama FCB iaitu Lionel Messi, Luis Suarez dan juga Neymar Jr. Untuk kelihatan lebih eksklusif, casingnya turut ditandatangan serta menawarkan logo FCB yang diperbuat daripada emas 18 karat di belakang kerangkanya.

2Bidaan OPPO F1 Plus Edisi Khas telah dibuka bermula 18 Julai sehingga 20 Julai 2016. Bidaan boleh dibuat di Gemfive dengan kenaikan RM10, RM50 atau RM100. Sehingga artikel ini ditulis, harga peranti ini telah dibida dan telah mencecah RM20,038.

 

BACA JUGA:

 

You might also like