
Bagi memantapkan kualiti perkhidmatan selepas pembelian, OPPO Malaysia telah melancarkan kedai konsep terbaru mereka di Malaysia. Ia merupakan kedai konsep ketiga yang dibangunakan oleh OPPO dan lokasinya terletak di Plaza Lowyat.
Kehadiran kedai konsep terbaru ini melambangkan pertumbuhan yang stabil jenama OPPO di rantau Asia. Pelanggan yang membeli smartphone atau pun aksesori OPPO bernilai RM 100 ke atas, anda automatik akan menjadi ahli VIP dan menikmati manfaat daripada O-Club Membership.
Setiap mata ganjaran yang dikumpul setiap kali berbelanja di kedai konsep OPPO akan direbatkan ke dalam akaun anda. Dibuka pada hari Isnin sehingga Ahad, bermula pukul 10 pagi ~ 10 malam, anda boleh melayari OPPO Experience Zone untuk sebarang pertanyaan.

