Paynet, Cyberview Bekerjasama Perkenalkan Ekosistem Tanpa Tunai – DuitNow QR

Menteri Kewangan, Tuan Lim Guan Eng hari ini melancarkan ekosistem tanpa tunai untuk cyberjaya – kerjasama antara MOF Inc Cyberview Sdn Bhd, Bank Negara Malaysia (BNM), Payments Network by Duitnow QR dan Malaysia’s national QR code Standard.

Turut hadir sama memeriahkan majlis adalah Pengerusi Cyberview Sdn Bhd, Tan Sri Ahmad Badri Mohd. Zahir, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan, En. Najib Ibrahim, Pengarah Urusan Cyberview Malaysia Sdn Bhd, Datuk Ahmad Hizzad Baharuddin, Pengerusi PayNet, Mr Peter Schiesser, Ketua Pegawai Operasi Kanan Public Bank, Datuk Sulaiman Manap dan Kumpulan Ketua Pegawai Eksekutif.

DuitNow QR akan memupuk landskap pembayaran yang cekap, berdaya saing dan inovatif di Malaysia – Dengan menggalakkan saling kendalian dan persaingan dalam menyediakan akses yang adil dan terbuka kepada infrastruktur pembayaran bersama. Menerusi DuitNow QR, pengguna boleh membuat pembayaran daripada mana-mana penyertaan bank atau aplikasi mudah alih e-dompet. Pedagang pula hanya perlu memaparkan satu Kod QR pada DuitNow QR untuk menerima pembayaran. Maklumat lanjut, layari DuitNow.

You might also like