
Tiga Produk Acer Raih Anugerah Reka Cipta Terbaik 2018
Ribuan tahniah diucapakan kepada Acer yang mana baru-baru ini tiga (2) produk keluaran mereka telah memenangi Anugerah Reka Cipta Terbaik 2018 untuk reka bentuk produk yang cemerlang.
Produk yang dimaksudkan termasuklah alat dengar Acer OJO 500, komputer riba Acer Swift 7 dan juga Acer Chromebook 11. Produk-produk tersebut telah dipilih daripada beribu-ribu penyertaan dari seluruh dunia dan dinilai berdasarkan tahap inovasi, kualiti serta fungsi.
Menurut Acer, ia adalah pencapaian yang amat besar dalam syarikat dan anugerah itu sekali lagi membuktikan komitmen Acer untuk terus memberikan servis yang terbaik dalam memacu teknologi terkini.
Baca juga :
- Memperkenalkan Acer Swift 7 – Laptop Paling Nipis Di Dunia Berharga RM6,399
- CES 2018 : Acer Swift 7 Laptop Ternipis Dunia Setebal 8.98mm
- IFA 2018 : Acer OJO 500 – Alat Dengar Reka Bentuk Modular Yang Boleh Dilepaskan
- CES 2017: Chromebook Pendidikan Dari Acer