
Nokia 106 Dilancarkan – Dengan Bateri Tahan Hingga 21 Hari
Walaupun peredaran masa semakin hari semakin maju, Nokia tidak lupa akan asal usulnya. Oleh itu, Nokia baru sahaja melancarkan feature phone dengan nafas baru iaitu Nokia 106.
Nokia 106 menampilkan skrin berwarna 1.8-inci yang turut dilengkapi papan kekunci fizikal bagi memudahkan golongan berumur untuk menggunakan telefon ini. Malah ia turut dikuasakan oleh pemproses MTK6261D dengan memori RAM 4MB dan ROM 4MB. Bateri yang dimuatkan mendapat kuasa sebanyak 800mAh berupaya membuat panggilan sehingga 15.7 jam dan masa menunggu mencecah 21 hari.
Selain itu, telefon ini juga dilengkapi port mikro USB 2.0 serta radio FM. Seterusnya, Nokia 106 boleh dioperasikan dengan dua SIM yang berbeza dan ditawarkan dengan warna pilihan Dark Grey. Buat masa ini, HMD Global masih belum mengumumkan ketersediaannya di pasaran Malaysia.

