
Seperti kita sedia maklum, Cyberjaya dan Putrajaya bakal menjadi bandar raya pertama di Malaysia yang menerima rangkaian 5G apabila ujian rintis perkhidmatan itu dilaksanakan bermula April ini.
Terkini, Perak juga bakal berada dalam barisan untuk mendapatkan teknologi yang sama dan pelaksanaannya bakal dimulakan selewat-lewat pada Julai ini. Difahamkan, Bandar Meru Raya akan menjadi lokasi pertama di negeri ini untuk ujian.

Exco Komunikasi, Multimedia dan NGO Negeri Perak, Hasnul Zulkarnain dalam satu kenyataan berkata, perkara ini masih dalam perbincangan dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan beberapa syarikat telekomunikasi.
Katanya lagi, pembinaan menara ini dijangka dibina dalam kiraan jarak 300-500 meter di kawasan tersebut untuk mengurangkan gangguan dan komuniti harus yakin bahawa tahap radiasi menara telekomunikasi 5G adalah rendah dan selamat.

