“The 50 Years Promise” Filem Pendek Istimewa Maxis Bersempena Tahun Baru Cina

screenshot1Maxis 4G Films memperkenalkan “The 50-Year Promise”, sebuah filem pendek yang menyayat hati mengenai adik-beradik yang sudah terpisah dan ingin mencari satu sama lain dengan menggunakan teknologi. Dalam usaha untuk membawa anda sebuah kisah dengan mesej penyatuan semula sempena Tahun Baru Cina tahun ini, Maxis sekali lagi telah berkerjasama dengan pasukan sama yang menghasilkan filem “The Last Kite Maker“, yang telah memenangi Iklan YouTube Terbaik 2016.

screenshot2 screenshot3

Diilhamkan dari kisah benar, “The 50-Year Promise” bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia untuk bersatu kembali dengan keluarga dan rakan-rakan sempena Tahun Baru Cina kali ini, tidak kira berapa jauh atau berapa lama mereka tidak berjumpa, setidak-tidaknya menggunakan Internet.

“Di Maxis, kami ingin melihat platform teknologi baru seperti video secara langsung (live) memberi kuasa kepada semua rakyat Malaysia, tanpa mengira usia. Internet bukan sahaja sebuah tempat untuk golongan muda, tetapi juga mampu menawarkan pengalaman yang bermakna untuk semua pengguna,” kata Sulin Lau, Ketua Perkhidmatan Pemasaran Maxis.

You might also like