
Satu berita menarik apabila OPPO Find X2 Pro 5G kini tampil dengan edisi baru yang dikenali sebagai OPPo Find X2 Pro 5G Green Vegan Leather.

Peranti ini tampil dengan spesifikasi yang sangat baik apabila di hadirkan dengan saiz skrin 6.7″ AMOLED QHD+ dan hadir dengan kadar segar semula 120Hz.
Dari aspek dalaman ia dikuasakan oleh pemproses Snapderagon 865 dan dipadankan dengan 12GB RAM dan storan sebsar 512GB. Kamera pula dihadirkan dengan 48MP + 48MP + 13MP bagi kamera utama dan 32 MP bagi kamera hadapan.
Peranti ini dijual pada harga RM6097. Namun ada sesuatu yang menarik, sekiranya anda melakukan pratempahan, anda boleh memiliki set edisi terhad ini pada harga hanya RM5399 sahaja!!! Anda bakal turut menerima OPPO Watch 46mm dan tali jam.

