

HARGA: (64GB) RM999 / (128GB) RM1299
Salah satu pengeluar telefon pintar yang menjadi bualan ramai, Xiaomi kini telah tampil dengan model terbaharunya iaitu Xiaomi Mi 8 Lite yang mana menawarkan spesifikasi yang mengagumkan pada harga yang berpatutan dan mampu milik, bahkan menjanjikan kepuasan buat pengguna.
Spesifikasi Xiaomi Mi 8 Lite
| Sistem Operasi | Android 8.1 (Oreo) |
| Pemproses | Qualcomm Snapdragon 660 AIE, Quad-core 2.2GHz |
| GPU | Adreno 512 |
| Paparan | 6.26 inci (2280 x 1080 FHD+) Nisbah 19:9 Skrin-ke-kerangka 82.5% |
| Memori | 4GB RAM+ 64GB ROM 6GB RAM + 128GB ROM |
| Bateri | 3350mAh, QC 3.0 (5V/2A) |
| Pengambaran | Kamera Utama 12MP (f/1.9) + 5MP, 1.4μm large pixels, Dual Pixel Auto-focus (DPAF), 1.12μm large pixels, AI dual camera, AI Beautify, Video Beautify, AI studio lighting
Kamera Hadapan |
| Rakaman Video | 4K UHD |
| Slot Kad | Nano Sim + Nano Sim / Micro SD |
| Sambungan | WiFi 802.11a/b/g/n/ac, Bluetooth 5.0, Type-C 1.0 reversible connector |
| Dimensi | 156.4 x 75.8 x 7.5 mm |
| Berat | 169g |
| Warna | Midnight Black, Aurora Blue |
| Harga | 64GB – RM999 128GB – RM1,299 |
Pakej Pembelian
Pakej pembungkusan Xiaomi Mi 8 Lite sangat menarik dengan warna kotak yang sangat menyerlah. Disertakan dengan aksesori lengkap seperti kabel USB Type-C, adapter pengecas QC3.0, audio port 3.5mm ke Type-C adapter dan sebagai.

Rekaan Luaran
Rekaan Mi 8 Lite sangat menarik dan kemas, dengan paparan 6.26 inci FHD+ pastinya mampu memberi kepuasan buat pengguna. Di bahagian atas telefon ini tersedia kamera swafoto dengan 24MP, pastinya mampu merakam gambar swafoto yang sangat cantik.

Di bahagian belakang pula, disertakan dengan dwi kamera yang mana menyediakan 12MP(f/1.9) + 5MP yang tidak mengecewakan.

Di bahagian sisi kiri pula disediakan slot SIM yang mana boleh memuatkan Nano Sim + Nano Sim/MicroSD, manakala di sebelah kanan disediakan butang laras suara dan butang kuasa.

Jika dilihat di bahagian bawah, Mi 8 Lite hadir bersama speaker dan port USB Type-C. Pembinaan ini agak mengecewakan peminat Xiaomi kerana tiada audio port 3.5mm disediakan, nasib baik masih menyediakan adapter USB Type-C ke audio port 3.5mm, namun ia agak menyukarkan pengguna.

Sistem Operasi dan UI
Xiaomi Mi 8 Lite ini disertakan dengan Android 8.1(Oreo) dan disertakan dengan antaramuka MIUI 9.6 (kemaskini terbaru).

Apa yang menariknya pada MIUI 9.6 ini ialah ia disertakan dengan Always On Display, skrin takuk yang boleh disembunyikan serta butang dan sentuhan pintas bagi mengakses aplikasi tertentu. Ini nyata akan memudahkan pengguna mengakses aplikasi di dalam peranti ini.

Prestasi Spesifikasi
Peranti ini hadir dengan cip pemproses Snapdragon 660 AIE berkelajuan Quad-core 2.2GHz, apa yang lebih menarik adalah ia turut disertakan dengan dua versi iaitu 4GB RAM dan 6GB RAM di bawah sokongan GPU Adreno 512. Apa yang pasti sistem operasinya berjalan dengan lancar dan baik.

Bagi storan pula, ia disertakan dengan 64GB dan 128GB, jika tidak cukup anda boleh menggunakan microSD untuk menambah ruangan storan. Kami turut mencuba bermain permainan PUBG menggunakan telefon ini, nyata ia tidak mempunyai sebarang masalah dan berjalan lancar tanpa gangguan.
Keputusan Ujian
Bagi menguji keupayaan telefon pintar ini, kami membuat ujian menggunakan AnTuTu Benchmark dan Geekbench 4. Daripada keputusan ujian tersebut, telefon ini nyata berada pada tahap yang memuaskan. Bagi telefon yang bukan dari kategori flagship ini, nyata mempunyai prestasi yang baik.
AnTuTu Benchmark


Geekbench 4

Ujian Pengecasan
Kapasiti bateri Mi 8 Lite sebesar 3,350mAh, hadir bersama sokongan pengecasan pantas QC3.0. Kami mula mengecas telefon ini ketika baterinya masih 21%. Setelah telefon ini dicas sehingga 100%, kami mendapati ia hanya mengambil masa selama 1 jam 34 minit sahaja.



Sistem Keselamatan
Sistem keselamatan nyata menjadi antara tumpuan utama Xiaomi. Justeru, tidak hairanlah, telefon ini disertakan dengan IR Face Unlock pada panel hadapan. Anda boleh menetapkan wajah anda sekiranya anda ingin membuka aplikasi pada peranti ini. Selain itu, ia turut disertakan dengan pengimbas cap jari pada panel belakang, paten, PIN dan kata laluan.

Cara tetapan mudah sahaja, anda perlu pergi ke Lock screen & password kemudian pilih Manage face data dan lakukan tetapan face id di situ.
Prestasi Kamera
Seperti yang kita ketahui, telefon ini dilengkapi dengan dwi kamera di bahagian belakang yang mana disertakan dengan 12MP(f/1.9) + 5MP, sementara kamera hadapan pula dilengkapi dengan 24MP. Beberapa tetapan boleh dilakukan bagi mendapatkan hasil gambar yang menakjubkan.
Sokongan AI
Telefon Xiaomi Mi 8 Lite ini disertakan dengan AI atau kecerdasan buatan yang mana ia mampu menjadikan rakaman gambar anda lebih baik. AI ini boleh digunakan pada kamera hadapan dan belakang.

Dalam pada itu, peranti ini juga menyediakan pelbagai mod ketika rakaman gambar. Mod ini akan memberikan kepada anda pilihan ketika merakam gambar atau video. Antaranya ialah anda boleh mengambil gambar secara manual, hal ini bermakna anda boleh melaras tetapan mengikut kehendak anda.


Dalam pada itu, peranti ini juga turut menyediakan 2x zum optikal, rakaman video 4K, Slow-motion, Time-lapse dan sebagainya. Berikut merupakan hasil gambar yang diambil menggunakan peranti ini.
HASIL GAMBAR











Kelebihan
- Sistem operasi yang lancar ekoran daripada cip pemproses Snapdragon 660 AIE dan berkelajuan Quad-core 2.2GHz. Hal ini turut disokong oleh 4GB/6GB RAM pastinya melancarkan lagi operasi peranti ini.
- Kamera yang berada pada kualiti terbaik disertakan dengan rakaman 4K mampu menghasilkan gambar yang baik.
- Sistem keselamatan yang diyakini dengan pengecaman wajah yang sangat efisen. Pengecaman wajah yang lancar tanpa gangguan.
Kelemahan
- Peranti ini tidak menyediakan audio port 3.5mm yang mana menyukarkan pengguna untuk menggunakan adapter sekiranya ingin menggunakan earphone.
- Tidak disertakan dengan fungsi terkini seperti AR Stiker atau emoji, namun dikhabarkan ia akan ditawarkan pada kemaskini MIUI 10 nanti.
Ulasan
Bagi harga yang ditawarkan iaitu RM999 bagi 64GB dan RM1299 bagi 128GB, ia merupakan sebuah telefon yang baik untuk dimiliki. Dengan rekaan yang ringkas tetapi bergaya, sistem operasi yang lancar, kamera yang baik dan sistem keselamatan yang berada pada tahap yang menakjubkan, ia adalah sebuah telefon yang boleh dimiliki oleh semua peringkat umur. Sepesifikasi yang terbaik pada harga yang mampu milik pastinya boleh didapati pada telefon Xiaomi Mi 8 Lite.

Baca Juga:
- Perbandingan Spesifikasi Xiaomi Mi 8 dan Xiaomi Mi 8 Lite
- Pembukaan Rasmi Mi Store Di Pavillion, Kuala Lumpur – Bersama Pelancaran Mi 8 Pro…
- Xiaomi Umumkan Harga Bagi Mi 8 Lite & Mi 8 Pro – Harga Bermula…
- Reviu Eksklusif: Xiaomi Mi 8 Berbaloi Dimiliki?
- [Zon Perbandingan] Realme 2 Pro, Huawei Nova 3i, Samsung Galaxy A8 (2018) & Xiaomi…

