
Laman Facebook Intel Malaysia telah memuat naik satu post yang menunjukkan bahawa Intel Skull Canyon Medusa 7000 sudah dibuka untuk pra-tempah pada harga RM 3,599.
Unit CPU kompak ini, ia dilengkapi pemproses Intel Core i7-6770HQ dan juga Intel Iris Pro Graphics, jadi spesifikasinya cukup baik walaupun saiznya kecil.
Selain itu anda juga boleh memilih untuk mendapatkan beberapa komponen lain di dalam pra-tempah ini, antara produk yang ditawarkan adalah LED Monitor 19 inci, Samsung Curved Monitor 24 inci, papan kekunci mekanikal Logitech G310 Atlas Dawn Compact dan banyak lagi.


