
Demi mengeratkan lagi hubungan keluarga dan rakan-rakan sempena Tahun Baru Cina ini, Maxis telah menganjurkan satu kempen melalui permainan mudah alih yang paling hangat pada tahun 2019 – Dooit Live.
Melalui kerjasama Dooit Live, Maxis akan menganjurkan 16 sesi permainan langsung dari 4 hingga 19 Februari dengan memaparkan 11 soalan bertemakan Tahun Baru Cina yang diketahui semua rakyat Malaysia.
Dooit Live adalah aplikasi permainan trivia yang boleh dimuat turun melalui Google Play Store dan Apple Store. Setiap permainan berlangsung pada waktu tertentu setiap hari, di mana hos permainan akan bertanya 11 soalan pilihan berganda yang meningkat kesukarannya.
Waktu Permainan:
- 04/02/2019 – 9pm
- 05 ~ 19/02/2019 – 12pm
Anda harus menjawab semua soalan dengan betul dalam masa 10 saat untuk memenangi hadiah berbentuk wang tunai berjumlah RM188,000. Jumlah hadiah wang yang ditawarkan kemudiannya dikongsi antara jumlah pemain yang telah menang.
Lebih seronok lagi, untuk mendapatkan jawapan kepada beberapa soalan yang akan dipaparkan bagi meningkatkan peluang untuk menang, anda boleh menonton ‘Maxis Presents: Clash of Clans’ mulai sekarang.
__________________________________________
Tawaran Promosi CNY 2019 ↓↓↓
- HotlinkMU Tawarkan 88GB YouTube Percuma Sempena Jualan Tahun Baru Cina
- Miliki HUAWEI Mate 20 & nova 3i Tahun Baru Cina Ini Dengan Harga Terkini Bermula RM999
- Nikmati Promosi vivo Sempena Tahun Baru Cina – Hanya Di Shopee
- Kempen ONG-some Oleh 11street Meriahkan Sambutan Tahun Baru Cina
- Kempen Shopee Kongsi Fa Cai – Tawar Promosi Hebat Sempena Tahun Baru Cina!

