Studio Magnus Games Bekerjasama Dengan 505 Games Untuk Melancarkan Re:Legend

Magnus Games Studio dari Malaysia yang popular dengan permainan Re:Legend telah bekerjasama dengan 505 Games untuk mengeluarkan permainan tersebut.

Menurut pengasas Magnus Game Studio, DC Gan menyatakan dia sangat berbangga dengan kerjasama ini dan berharap pemain dapat mengembangkan lagi permainan Re:Legend secara global. Selain itu, mereka juga sedang membina beta terbuka untuk pemain di mana mereka berpeluang untuk mencubanya sebelum dilancarkan.

Re:Legend adalah permainan raksasa yang mengandungi elemen-elemen memancing, berkebun, pembinaan dan pelbagai lagi. Melalui permainan ini, anda berupaya untuk membina kebun sendiri, menjana raksasa dan mengembara untuk mencari barangan untuj meningkatkan lagi taraf pemainan. Anda juga boleh bermain secara berkumpulan sehingga empat orang pemain secara atas talian.

Buat masa ini, tarikh pelancaran bagi permainan masih lagi belum diumumkan. Namun Magnus Games Studio menyatakan bahawa mereka sedang membangunnya dengan baik dan akan melancarkannya pada tahun 2018 ini.

You might also like