
Rekaan Asus ZenFone 6 Muncul Di Media Sosial – Sah Hadir Dengan Sokongan Snapdragon 855
Sedia maklum, siri ASUS ZenFone 6 bakal dilancarkan pada 16 Mei 2019 dalam sebuah acara pelancaran dijadualkan berlangsung di Valencia, Sepanyol. Masih banyak mengenai spesifikasi penuh masih belum diketahui.

Pun begitu, ASUS kini mengeluarkan imej penggoda yang mengesahkan model tersebut bakal dikuasakan oleh dengan pemproses Snapdragon 855. Model ini juga bakal dilengkapi notification LED pada sebelah kanan atas dan audio jack di bahagian kiri bawah. Sebelah kanan peranti terdapat smart key, manakala sisi kiri menempatkan slot SIM.

[BACA : Ura-Ura – ASUS ZenFone 6z Muncul Di Geekbench – Sokong Snapdragon 855? ]
Perkara ini dikongsi sendiri oleh pihak ASUS menerusi salah satu posting di Twitter rasmi milik mereka. Apapun sama-sama kita tunggu tuan empunya badan muncul kelak dan kekal bersama eRing untuk update terkini!

