
[Ura-Ura] : ASUS ZenFone 6z Muncul Di Geekbench – Sokong Snapdragon 855?
Sekitar beberapa bulan lalu, anda mungkin telah mendengar khabar mengenai peranti baharu siri ASUS ZenFone 6. Terbaru, telefon yang dijangka dilancarkan sebagai ZenFone 6z kini muncul di platform penanda aras Geekbench.

Muncul dengan kod nama “asus ASUS_I01WD”, ZenFone 6z berkemungkinan dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 855 (kod “msmnile”), disokong 6GB RAM dan menjalankan sistem operasi Android 9 Pie. Senarai Geekbench juga mendedahkan, telefon pintar ini mencatatkan 3527 mata dalam ujian satu teras dan 11190 untuk ujian pelbagai-teras.
[BACA : Tarikh Pengenalan Awal ASUS ZenFone 6 Rasmi – Bakal Diumumkan Pada 16 Mei 2019]
Pun begitu, masih banyak maklumat yang belum diketahui. Seperti biasa , maklumat tertiris masih lagi rumors dan belum dapat dipastikan kesahihannya. Sekadar makluman, siri ZenFone 6 bakal dilancarkan pada 16 Mei kelak, bertempat di Valencia, Spain.
[SUMBER]

