
Hello semua! Korang nak tahu tak Nokia Malaysia hari ini berkongsi berita gembira dengan memaklumkan Nokia 4.2 bakal masuk pasaran Malaysia tidak lama lagi! Nokia 4.2 menawarkan inovasi inovasi baru pada segmen harga mampu milik di samping reka bentuk anggun berasaskan ukiran kaca.

Nokia 4.2 hadir dengan paparan bersaiz 5.71” HD+ (720 x 1520 piksel) bersama takuk kecil yang bergaya. Ia dijana oleh cip pemproses Snapdragon 439 dan dibantu memori 3GB RAM + 32GB ROM.
Untuk kamera, Nokia 4.2 tersedia dengan dwi kamera utama 13MP (f/2.2)+ 2MP (f/2.2) dan kamera swafoto dengan resolusi 8MP (f/2.0). Melengkapinya, bateri berkapasiti 3,000 mAh. Selain itu, ia juga dilengkapi pengecaman wajah biometrik dan menggunakan Android 9 Pie.

Nokia 4.2 tersedia dalam dua warna iaitu Black dan Pink Sand dan ditawarkan pada harga RM599 (3GB+32GB)! Nokia 4.2 Black boleh didapati di semua pengedar Nokia yang sah seluruh Malaysia bermula bermula 26 April 2019. Manakala, Nokia 4.2 Pink Sand pula akan berada di pasaran bermula Mei 2019! Maklumat lanjut, layari Nokia Malaysia.

