Instagram Perkenal “Quiz Sticker” – Pelekat Baru Pada ‘Stories’ Membolehkan Korang Buat Soalan Kuiz Ringkas

Hai semua! Korang nak tahu tak, Instagram kini hadir dengan penawaran pelekat baru pada ‘stories’ dikenali Quiz Sticker. Pelekat baru ini dilihat menarik di mana ia membolehkan korang membuat soalan kuiz ringkas dan berkongsi dengan followers di Instagram! Menarik kan?

Untuk menggunakan ciri ini, korang hanya perlu klik pada ikon pelekat pada sudut atas di bahagian kanan selepas mengambil gambar atau video dalam ‘stories’. Kemudian, pilih pelekat ‘Quiz Sticker’, tuliskan soalan korang dan sediakan jawapan (Korang boleh menambah jawapan sehingga 4 pilihan).

Korang juga boleh suaikan warna kuiz dengan klik pada roda warna pada bahagian atas skrin. Sebaik sahaja selesai, kongsikan dengan followers di Instagram dan lihat berapa ramai yang menjawab dengan betul!

You might also like