Harga Huawei Nova 2i Kini Diturunkan Kepada RM999

Huawei Nova 2i telah dilancarkan di Malaysia pada bulan September 2017 yang lalu dengan tanda harga RM1,299 sebuah. Selepas mendapat respon yang baik daripada pengguna seluruh Malaysia, Huawei telah menurunkan harganya kepada RM1,099 dan bermula 5 Mei 2018 harganya kini RM999. Ia menjadikan peranti ini mendapat penurunan harga sebanyak RM300 semenjak ia dilancarkan.

Pada harga dibawah RM1,000, Huawei Nova 2i dilengkapi paparan 5.93-inci FullView Display IPS LCD (2160 x 1080p), cip pemproses kelas pertengahan Kirin 659, memori RAM 4GB, storan seluas 64GB, dan bateri berkapasiti 3,340mAh. Peranti ini turut mendapat kemas kini perisian dalaman Android 8.0 Oreo bersama-sama antaramuka EMUI 8.0.

Huawei Nova 2i boleh didapati dengan pilihan warna Graphite Black, Prestige Gold, dan Aurora Blue di semua cawangan Huawei Experience Stores, Zon pameran, dan wakil penjual sah seluruh Malaysia.

You might also like