
Sony Mendedahkan Alat Kawalan PlayStation 5 Yang Dikenali Sebagai DualSense?
Kaki game pastinya tak sabar menantikan kehadiran konsol terbaharu daripada Sony iaitu Sony PlayStation 5. Banyak sudah maklumat yang terdedah dan terkini Sony telah memperlihakan alat kawalan permainan ini yang dikenali sebagai DualSense.
Jika dilihat dari segi rekaan, ia tampil dengan rekaan yang lebih ekslusif dengan kombinasi warna hitan dan putih. Bar lampu pula tampil dibahagian sisi alat kawalan ini.
Banyak penambahbaikan dihadirkan pada alat kawalan ini antaranya ialah ia dihadirkan dengan picu penyesuaian di tampil pada buntang L2 dan R2 bagi memudahkan pemain membuat pelarasan.

Butang share pada alat kawalan terdahulu kini telah digantikan dengan butang create yang memberikan lebih fleksibiliti kepada pengguna.
Itu baru alat kawalan, bagaimana pula dengan rekaan konsol PS5 ini nanti. Sama-sama kita nantikan.

