11street Membuka Tempahan Wiko View2 Pro Dengan Hadiah Bernilai RM318

- Iklan -

11street hari ini mengumumkan kerjasama dengan pengeluar telefon pintar terkenal Perancis, Wiko yang menawarkan pra-tempahan telefon pintar terbaharu Wiko View2 Pro. Bermula hari ini sehingga 11 Jun 2018, pelanggan yang menempah peranti ini akan menerima kotak hadiah bernilai RM318.

Wiko View2 Pro dilengkapi skrin bertakuk 19:9 bersaiz 6-inci IPS LCD dengan resolusi HD+ yang dijana cip pemproses Snapdragon 450. Memori yang dimuatkan ialah 4GB RAM dan 64GB storan bersama sistem operasi Android 8.0 Oreo.

Kamera utama dimuatkan dengan gabungan dwi sensor 16 Megapiksel f/1.8 bersama bantuan LED flash. Kamera depan pula hadir dengan 16 Megapiksel f/2.0 dengan ciri penggambaran sudut lebar 120 darjah serta ciri keselamatan Face Unlock.

Perkakasan lain turut menempatkan bateri berkapasiti 3,000mAh dengan sambungan microUSB. Disamping itu, slot hibrid untuk kad SIM dan kad microSD disediakan bersama pada peranti ini.

Tanda harga untuk Wiko View2 Pro ialah RM999 dan setiap pembelian akan menerima kotak hadiah berupa fon kepala WiShake, powerbank 15,000mAh, dan pemacu OTG.

Untuk pra-tempah, anda boleh layari 11street bermula hari ini.

You might also like