Reviu Eksklusif: Kehebatan Peranti gaming ASUS ROG Phone 5 – Pasti Buat Game Play Korang Makin Mantap!!

171
- Iklan -

Kehadiran ASUS ROG Phone 5 pasti buat orang tidak senang duduk bagi menantikan keupayaan, pretasi dan keunggulannya. Namun sejauh manakah kehebatan peranti ini?? Korang mesti nak tahu kan?? Jom baca reviu ini!!

Rekaan Memang Mengancam!!

Jika korang dapat lihat, peningkatan yang jelas dan nyata adalah saiz ROG Phone 5 ini tampak lebih besar berbanding model terdahulu. Lebih menarik, bezel yang dihadirkan adalah sangat nipis yang memberikan tontonan yang lebih luas.

Jika dilihat pada panel belakang pula, ia dihadirkan dengan lampu RGB yang sangat cool. Rekaan panel belakang ini tampak lebih anggun dengan warna putih yang memberikan nafas baru pada peranti gaming.

Menariknya juga, ia juga dihadirkan dengan audio jack di bawah peranti ini. Di bahagian sisi juga dihadirkan dengan port USB untuk menyambung aksesori. Jom lihat rekaan peranti ini secara keseluruhan!!

Skrin Memang Terbaek!!

Jika kita lihat dari aspek skrin pula, ia masih berada dalam kategori perform giler tau!!!! Hadir dengan skrin bersaiz 6.78″ dan tampil dengan FHD AMOLED dengan kadar segar semula 144Hz pasti membuatkan paparan lebih kemas dan lancar!!

Menariknya, warna yang terhasil sangat baik dan jitu serta input yang lebih pantas. Ditambah dengan keupayaan responsif yang lebih laju iaitu 24.3ms pasti tiada sebarang lag khususnya ketika bemain game!!

Skrinnya juga tahan kerana ia hadir dengan Gorilla Glass Victus. Dah laa perform, kemudian tahan lasak pula tu!!!!

Audio Giler Sedap!!!

Seperti yang kita tahu, antara kelebihan peranti gaming adalah dari aspek audionya. Begitu juga dengan ROG Phone 5 ini apabila ia tampil dengan keupayaan stereo yang lantang dan jelas.

Dinamik audio juga sangat baik dengan bass yang terhasil sangat dalam yang mencetuskan keterujaan ketika bermain. Jadi nak bermain PUBG atau permainan yang seangkatan dengannya juga tiada masalah kerana ia nyata dapat membantu permainan anda!!

Prestasi Dalaman Yang Memukau!

Seperti yang diketahui, peranti ini hadir dengan pemproses dalaman Snapdragon 888 dan dipadankan dengan RAM sebesar 16GB yang memberikan prestasi tinggi. Seperti di dakwa, ia dikhabarkan mampu menghasilkan prestasi yang sangat baik dalam setiap kondisi permainan.

Jadi, kami menguji keupayaan peranti ini menerusi Geekbench yang mana ia memperlihatkan keputusan yang sangat baik!!! Berikut adalah keputusannya:

Ketika bermain game juga, memperlihatkan ia dapat menyediakan tontonan dan kawalan terbaik!!! Sungguhpun bermain PUBG Mobile pada 60FPS, tiada masalah kerana ia sangat stabil!!

Sistem Pengudaraan Yang Baik

Seperti yang diketahui, peranti ini hadir dengan 2 bateri yang memberikan kesan secara lansung dari aspek aliran udara. ROG Phone 5 ini tampaknya hadir dengan mekanisme yang lebih baik khususnya dari serakan haba di dalam peranti ini.

Udara panas yang berada di dalam telefon ini ketika menggunakannya dapat dikeluarkan dengan lebih efisien. Jadi, kami uji telefon ini dengan bermain game pada tempoh yang lama, namun, ia masih berada pada keadaan yang baik dan lancar tanpa ada sebarang gangguan.

Armoury Crate

Satu aspek yang menarik minat min bagi peranti ini adalah Armoury Crate yang mana ia bertujuan mengawal keupayaan peranti ini. Hadir dengan X Mode yang dapat meningkat prestasi dalaman tidak kira dari aspek CPU mahupun GPU atau skrin.

Ia juga boleh melakukan beberapa tetapan seperti pencahayaan RGB Light yang sangat unik!!!

Apa Kata Editor

Secara keseluruhannya, ROG Phone 5 ini memperlihakan prestasi yang sangat baik khususnya dari aspek permainan game. Kepuayaan tontonan dan kawalan yang sangat smooth ditambah dengan audio yang memukau, pastinya membuatkan anda teruja ketika bermain permainan ini.!!