Kemaskini Android 7.1.2 Sudah Tiba!

Selepas beberapa minggu versi Beta dikeluarkan, kini versi rasmi Android 7.1.2 sudah mula dilancarkan oleh Google. Peranti yang diterima kemaskini ini adalah Pixel, Nexus 5X, Nexus 6P, Nexus Player dan Pixel C, manakala peranti yang lain akan diterima tidak lama lagi.

Pixel C

Pada kemaskini yang baru ini, ‘bug issue’ telah pun dibaiki dan beberapa ciri-ciri kecil diperkenalkan seperti berikut:

  • Meningkatkan keupayaan pengimbas cap jari
  • Penyambungan Bluetooth lebih baik
  • Menambahbaik masalah pada speaker apabila dibuka maksima (masalah sebelum ini adalah popping issue)
  • Alerts apabila bateri di tahap rendah
  • Masalah pink banding pada kamera yang dihadapi oleh jumlah kecil pengguna telah dibaiki
  • Perbaiki masalah peranti terpadam apabila bateri di tahap rendah
You might also like