
Uptime: Aplikasi Projek Dari Area 120
Area 120 merupakan inisiatif Google pada tahun lalu bagi memberikan pekerja mereka sebuah platform untuk melancarkan projek dan membina syarikat mereka sendiri dan satu aplikasi dari projek di dalam Area 120 sudah pun dilancarkan.
Uptime merupakan aplikasi pesanan video, buat masa sekarang hanya ditawarkan bagi pemilik iPhone dan anda boleh muat turun aplikasi ini dengan kod jemputan “PIZZA”. Dalam aplikasi ini, anda boleh berkongsi klip video dari YouTube bersama rakan-rakan sambil bersembang. Pada fasa awal, terdapat beberapa had aplikasi seperti tiada fungsi untuk merakam video atau strim secara langsung. Buat masa sekarang anda hanya boleh berkongsi klip dari YouTube.

