

Peringkat liga PUBG MOBILE Super League Southeast Asia (PMSL SEA) Fall 2025 telah berakhir pada 21 September 2025. Kini, 16 pasukan terbaik yang berjaya mara akan berentap di Grand Finals yang berlangsung dari 26 hingga 28 September di centralwOrld, 999/9 Rama I Road, Pathum Wan, Bangkok, Thailand.
PMSL SEA Fall 2025 dibawakan oleh TECNO selaku Rakan Telefon Pintar Rasmi, CelcomDigi sebagai Rakan Rangkaian Rasmi, dan centralwOrld sebagai Rakan Lokasi Rasmi.

Tahniah kepada 16 pasukan terbaik dari seluruh rantau yang telah melayakkan diri ke PMSL SEA Fall Finals tahun ini, termasuk dua pasukan dari Malaysia, iaitu Todak dan HOMEBOIS x MAQNA Esports Club. Pasukan-pasukan berikut akan mara ke Grand Finals:
| BIGETRON BY VITALITY (BTR) | 9. D’Xavier (DX) |
| ALTER EGO ARES (AE) | 10. Team Secret (TS) |
| BOOM Esports (BOOM) | 11. MGN VIKINGS Esports (MVKE) |
| VOIN Esports (VD) | 12. Vampire Esports (VPE) |
| REX REGUM QEON (RRQ) | 13. eARENA (EA) |
| GLU BLUG (GLU) | 14. TEAM FLASH (FL) |
| Todak (TDK) | 15. MIXER GANG (MXG) |
| HOMEBOIS x MAQNA ESPORTS CLUB (HBME) | 16. HAIL ESPORTS (HAIIL) |
Dalam satu kejutan pada musim kali ini, dua pasukan paling konsisten dari Malaysia, CelcomDigi Alliance (CDAL) dan SEM9, tidak berjaya mara ke PMSL SEA Finals. CDAL terlepas kedua-dua Super Weekends, manakala SEM9 tidak berpeluang mengutip mata tambahan sepanjang perlawanan hujung minggu. Namun begitu, prestasi konsisten dan dominasi CDAL sepanjang dua musim lalu memastikan mereka mengekalkan Slot PMGC Point Race yang berharga untuk Malaysia, sekali gus menjamin tempat mereka di PMGC 2025.
Pasukan Malaysia yang berjaya melayakkan diri ke Finals ialah Todak dan HOMEBOIS x MAQNA Esports Club. Langkah strategik Todak mendapatkan pemain KENNY dan DEP daripada SEM9 musim ini terbukti sebagai keputusan penting. Dengan ketabahan yang mengagumkan, HOMEBOIS x MAQNA Esports Club menemui rentak mereka dan berjaya mara ke Finals selepas dua Super Weekends. Kedua-dua pasukan kini memburu kedudukan Top 2 di Finals bagi merebut slot ke kejohanan PMGC yang akan datang.
Eugene Chin, Pengurus Negara (Malaysia) Tencent Games, menzahirkan rasa bangga terhadap pasukan Malaysia yang telah mara ke peringkat akhir kejohanan. “Final tahun ini menyerlahkan betapa dinamik dan kompetitifnya arena ini. Barisan pasukan kali ini berbeza daripada apa yang kita lihat sebelum ini, dan itulah keistimewaannya — bakat baharu tampil menyerlah, membuktikan bahawa tahap permainan terus meningkat dari tahun ke tahun.”
Grand Finals PMSL SEA Fall 2025 akan disiarkan secara langsung dalam Bahasa Malaysia di platform rasmi PUBG MOBILE Esports Malaysia di Facebook, YouTube, dan TikTok, serta di laman rasmi PUBG MOBILE Malaysia. Penonton boleh menyaksikan sama ada pasukan Malaysia mampu muncul sebagai juara. Jangan lupa saksikan Grand Finals PMSL SEA Fall 2025 bermula 26 September pada jam 5:00 petang GMT+8!
PUBG MOBILE Super League Southeast Asia (PMSL SEA) Fall 2025 dianjurkan oleh PUBG MOBILE. Untuk maklumat lanjut, sila lawati halaman media sosial rasmi PUBG MOBILE: :
| Laman PUBG MOBILE Malaysia | Laman PUBG MOBILE ESPORTS Malaysia |
| Facebook: PUBG MOBILE Malaysia | Facebook: PUBG MOBILE Esports Malaysia |
| Instagram: @pubgmobilemyofficial | Instagram: @pubgmobile.esports.my |
| TikTok: @pubgmofficialmy | TikTok: @pubgmobile.esports.my |
| Youtube: PUBG MOBILE Malaysia |

