Apabila tapp & Cornetto Berganding – Ada Kejutan ‘Manis’ Buat Anda!

Telco dalam aplikasi yang diperkasakan oleh Digi, tapp telah bekerjasama dengan Cornetto Malaysia untuk memberikan kejutan ‘manis’ kepada pelanggannya. Promosi yang telah bermula 1 November akan berakhir pada 26 November ini.

Melalui promosi ini pelanggan akan menerima kad SIM tapp secara percuma apabila mereka membeli aiskrim Cornetto di 2,235 kedai serbaneka 7-Eleven di seluruh negara. Dalam tempoh promosi ini, pelanggan boleh menuntut kad SIM di kaunter pembayaran bagi setiap pembelian Cornetto, selagi stok masih ada.

Buat masa sekarang tapp hanya boleh dimuat turun oleh pengguna Android, manakala versi iOS pula akan datang. Sebaik dimuat turun, pelanggan perlu mendaftar untuk memilih nombor tapp yang diingini, yang akan membolehkan mereka membuat panggilan dan menghantar mesej ke nombor tapp yang lain secara percuma. Selain itu, pelanggan juga boleh membuat tempahan di mana kad SIM tapp boleh dihantar terus kepada mereka.

Dari 27 November hingga 24 Disember 2018, pelanggan tapp berpeluang mendapat ganjaran menerusi aplikasi tersebut jika mereka membeli lebih banyak Cornetto. Setiap kali mereka membeli Cornetto, perlu meminta kod QR di kaunter pembayaran dan imbas kod tersebut di bahagian Ganjaran pada aplikasi tapp.

Bagi setiap tiga pembelian, pelanggan berpeluang menuntut kredit sebanyak RM10, manakala lapan pembelian pula akan memberi ganjaran kredit tapp RM15. Ganjaran tersebut hanya boleh ditebus sekali sahaja untuk setiap pelanggan.

Untuk maklumat lanjut mengenai penawaran ini, boleh layari laman rasmi tapp dan Facebook tapp.

You might also like