Android Wear 2.0 Bakal Tiba Pada Huawei Watch

Android Wear 2.0 telah pun dilancarkan pada bulan yang lalu, tetapi pengeluar smartwatch masih di dalam fasa untuk menyediakan sistem operasi terbaru ini pada peranti mereka. Melalui akaun Twitter Huawei di negara Jerman, syarikat tersebut sudah pun mempunyai garis masa untuk pelancaran sistem operasi tersebut untuk peranti Huawei Watch.

Huawei Watch, versi pertama jam tangan pintar syarikat tersebut dijadualkan akan menerima kemas kini Android Wear 2.0 pada akhir bulan Mac. Dijangkakan model Huawei Watch versi istimewa untuk wanita juga akan menerima kemas kini yang sama, namun tiada pengumuman dan maklumat sahih yang ada buat masa sekarang.

You might also like