
Ramai yang berminat dengan aplikasi mod Potrait yang hanya terdapat secara eksklusif pada iPhone 7 Plus bukan? Walaupun berminat tetapi harga iPhone 7 Plus memang tinggi sangat, namun tiada masalah pun! Anda masih boleh mengambil gambar potrait dengan adanya 4 aplikasi tersedia yang mirip seperti mod Potrait, di App Store dan juga Play Store secara percuma mahupun berbayar. Jom semak…
Big Lens
Big Lens adalah aplikasi menyerupai mod Potrait yang tersedia pada iPhone 7 Plus selain beberapa efek yang sedia ada. Aplikasi ini mampu membuatkan hasil gambar yang diambil kelihatan lebih menonjol kesan depth of field, dengan hanya menggunakan pelbagai efek ‘Smart Focus System‘ yang unik. Selain boleh melaraskan aperture yang akan menukar tahap fokus daripada kawasan out-of-focus pada gambar yang ingin diambil. Malah gabungan lebih daripada 18 filters serta warna yang cantik benar-benar menghasilkan gambar yang sukar diduga!
Portrait Blur
Biar gambar berbicara! Potrait Blur mampu menjadikan hasil gambar yang diambil kelihatan lebih cool dan cantik mirip mod Potrait! Aplikasi ini membolehkan anda mengedit gambar yang diambil dengan pelbagai efek kabur dan bokeh serta glamour terutamanya pada hasil gambar Potrait. Di antara mod yang tersedia adalah Bokeh, Focus Size, Sharpen, Saiz, Blur dan juga Big Blur. Lebih menarik, anda boleh mengedit gambar dengan menggunakan butang yang diberi nama ‘Smart Focus Brush‘, yang mampu mengaburkan sehingga 256 bahagian yang diinginkan. Gambar yang telah diedit boleh disimpan dalam resolusi HD dan kongsikan dengan rakan-rakan di laman sosial.
FabFocus
Aplikasi popular yang mendapat sambutan dari pengguna iPhone yang hampir menyerupai mod Potrait adalah FabFocus. Apa yang istimewanya aplikasi fotografi ini, ia mampu menghasilkan gambar lebih menonjol berbanding sebelumnya dengan menggunakan pelbagai efek Potrait yang tersedia. Apa yang menariknya FabFocus ini, ia akan menggunakan pengecaman muka dan secara automatik akan mengaburkan kawasan latar belakang yang diinginkan. Selain itu, terdapat beberapa fungsi lain pada aplikasi ini antaranya penggambaran Bokeh serta ‘Quick Touch Up‘ dengan hanya menggunakan jari sahaja.
AfterFocus
Bagi yang gemar menyunting koleksi gambar di dalam smartphone dengan efek yang menarik dan unik seperti mod Potrait, AfterFocus ini sangat sesuai untuk anda mencubanya! Dengan aplikasi penggambaran ini, anda boleh mengambil gambar menggunakan paparan antaramuka yang sangat simple dan yang pastinya mudah untuk digunakan. Istimewanya, aplikasi AfterFocus menyediakan lima fungsi utama di antaranya Smart Focus (secara automatik akan mengaburkan kawasan tumpuan), Background Blur Effect (mengedit kesan kabur yang paling realistik dengan pelbagai gaya apertur), Filters (pelbagai efek unik), Double Photo (mengambil gambar berlainan dengan latar belakang yang sama) serta Share (kongsikan dengan rakan-rakan ke laman sosial). Selain menyokong pada peranti iOS, pengguna Android juga boleh muat turun aplikasi ini.
BACA JUGA





