Nintendo Switch Mencatat Sejarah Sebagai Konsol Nintendo Paling Laris
Menurut Nick Wingfield yang bekerja untuk The New York Times, Reggie Fils-Aime (President Nintendo Amerika) menyatakan bahawa Nintendo Switch sudah pun mencatatkan sejarah ketika baru sahaja memasuki hari kedua jualan.
Selain jualan konsol yang menggalakkan, Wingfield melaporkan bahawa judul permainan “The Legend of Zelda: Breath of the Wild” juga memecahkan rekod dengan menjadi judul permainan paling laris dalam masa yang singkat.
Tetapi pada masa yang sama, beberapa ulasan dari pengguna yang sudah mencuba Nintendo Switch mula muncul, dan nampaknya ramai dari mereka mempunyai pendapat yang negatif. Menurut beberapa ulasan, Nintendo Switch seolah-olah direka hanya untuk bermain permainan Zelda sahaja kerana ia cukup cemerlang dalam mengoperasikan permainan tersebut, namun terdapat kekurangan yang terserlah pada aspek lain konsol tersebut. Antaranya:
- Alat kawalan tidak ergonomik
- Skrin paparan sukar dilihat di kawasan outdoor.
- Fungsi terhad
Selain itu masih ada beberapa isu yang diketengahkan oleh pengguna, majoriti dari mereka masih mempunyai tanggapan yang baik pada Nintendo Switch, namun isu-isu yang dinyatakan sedikit sebanyak telah mengganggu pengalaman mereka.
Sumber ulasan:

