
Celcom hari ini dengan rasminya melancarkan langganan permainan portal terkini, Celcom Game Hero dan anda berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai sehingga RM1 juta. Celcom Axiata yang telah bekerjasama dengan Techninier Sdn. Bhd, telah memperkenalkan permainan ‘Sky Invasion 3D’ buat masa ini dan pemain perlu sampai ke tahap tertinggi untuk merebut hadiah hebat!
Bagi membolehkan pengguna berpeluang merebut hadiah bernilai RM1 juta, mereka perlu mendaftarkan diri terlebih dahulu. Pengguna sedia ada akan dikenakan bayaran sebanyak RM3 / semingggu, manakala pelanggan baru pula dapat menikmati permainan ‘Sky Invasion 3D’ secara percuma bermula hari ini, 7 Mac 2017 sehingga 6 April 2017.
Tetapi perlu diingat, Celcom Game Hero hanya terbuka kepada semua pelanggan Celcom sahaja, dan anda boleh memuat turun permainan ini secara percuma di Play Store dan juga App Store.


