Touch ‘N Go eWallet Memperkenalkan #JOMTEKSI – Program Baharu Memperlihatkan Lebih Manfaat Kepada Rakyat Malaysia

Touch ‘n Go eWallet baru-baru ini telah mengumumkan transformasi ekosistem #JOMTEKSI, program baharu yang bertujuan menyediakan ekosistem yang lebih inklusif untuk pemandu teksi berkembang maju dalam ekonomi digital.

Melalui usaha berterusan inisiatif #JOMTEKSI, rakyat bukan sahaja dapat memperoleh manfaat daripada ekosistem yang lebih sistematik tetapi ianya akan memastikan industri teksi terus maju.

Program & Inisiatif Baru #JOMTEKSI

  • Pengubahsuaian 5 perhentian teksi di sekitar kawasan Putrajaya dan Cyberjaya, antaranya di Putrajaya Sentral, D’Pulze, Tamarind Square, Shaftsbury Square dan di hadapan Universiti LimKokWing di Cyberjaya. Setiap perhentian teksi dilengkapi dengan port USB untuk mengecas peranti pintar, bahkan juga dilengkapi panel solar yang digunakan sebagai sumber tenaga bersih, hijau untuk membekalkan kuasa kepada port USB dan menerangi perhentian teksi ini di waktu malam.
  • TNG Digital bekerjasama dengan Cyberview Sdn Bhd, pemangkin hab teknologi supaya Cyberjaya dan Putrajaya dijadikan sebagai platform untuk memulakan transformasi ekosistem teksi di negara ini. Kerjasama ini akan mengukuhkan sambungan perjalanan untuk komuniti dan menyediakan pilihan mobiliti tambahan.
  • 22 teksi milik duta #JOMTEKSI turut dilengkapi dengan Wi-Fi 4G yang disokong oleh YES 4G, berupaya meningkatkan permintaan terhadap perkhidmatan teksi biasa dan memberikan pengalaman yang lebih baik kepada penumpang secara keseluruhan.
  • Perkhidmatan dandanan kereta, hasil kerjasama eksklusif dengan CARS International, di mana elaun akan disediakan kepada pemandu teksi untuk menjaga kereta mereka, serta menganjurkan sesi latihan mengenai penyelenggaraan kereta dan ilmu asas teknikal.
  • Selain 22 duta #JOMTEKSI, terdapat lebih daripada 6,000 pemandu teksi yang telah memilih untuk menggunakan Touch ‘n Go eWallet sebagai kaedah pembayaran tanpa tunai. Menerusi #JOMTEKSI, setiap pemandu teksi akan memperoleh insentif tambahan RM4 bagi setiap penumpang yang pertama kali membuat pembayaran menggunakan Touch ‘n Go eWallet. 3 pemandu teksi yang menunjukkan prestasi terbaik dengan meraih insentif tertinggi berpeluang untuk memenangi percutian ke China dan mengalami sendiri gaya hidup masyarakat tanpa tunai di sana.

Sempena dengan pelancaran ini, pengguna akan menerima pulangan tunai RM3 daripada jumlah tambang jika pembayaran dibuat melalui Touch ‘n Go eWallet dengan mana-mana 6,000 pemandu berdaftar dengan #JOMTEKSI. Promosi pulangan tunai ini boleh digunakan untuk semua destinasi di dalam Malaysia dan bermula dari 13 Disember 2019 hingga 12 Jun 2020.

Sementara itu, bagi mana-mana pemandu teksi yang ingin menjadi sebahagian daripada komuniti #JOMTEKSI, mereka boleh berhubung dengan rakan operasi #JOMTEKSI, iaitu Koperasi Pengangkutan Putrajaya & Cyberjaya, EzCab, PicknGo dan Taxi Comfort.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan terkini mengenai #JOMTEKSI, sila layari laman rasmi TNG Digital atau FB.

Muat turun aplikasi Touch n Go eWallet menerusi : Android | iOS

*****************************

PROMOSI LAIN…

 

 

 

You might also like