Nubia M2 Play Sudah Berada Di Pasaran Malaysia Pada Harga RM799

Setelah dua bulan pelancaran Nubia M2 Play di China, hari ini secara rasminya ia dibawa ke pasaran Malaysia dengan spesifikasi rendah-pertengahan. Telefon pintar ini dilengkapi paparan skrin bersaiz 5.5 inci HD bersama sistem audio DTS Surround yang memberikan pengalaman hiburan ke tahap yang lebih baik.

Kerangka badan dibina berasaskan logam yang disertakan dengan panel depan gelas 2.5D. Rekaan yang ergonomik dengan potongan bodi diamont-cut, peranti ini dapat dihasilkan setebal 7.9mm sahaja. Di bahagian belakang M2 Play ini telah menyediakan kamera Sony CMOS 13 Megapiksel dapat membantu mengurangkan efek Noise dengan tambahan fungsi Hibrid Focus 0.1 saat. Kamera depan pula diletakkan lensa sudut 5 Megapiksel.

Peranti ini dikuasakan oleh cip pemproses Snapdragon 435 Octa-core 1.4GHz, RAM sebanyak 3GB, dan storan seluas 32GB. Di samping itu, janaan kuasa disalurkan melalui bateri sebesar 3,000mAh yang dioperasikan Android 7.0 Nougat.

Nubia M2 Play sudah berada di pasaran Malaysia bermula 1 September yang lalu dengan tanda harga RM799. Anda boleh mendapatkannya di laman e-dagang Lazada, 11street, Shopee, dan DirectD dengan warna tunggal Matte Black. Untuk maklumat yang lebih lanjut, boleh layari Facebook Nubia Malaysia.

You might also like