Kamera Samsung Galaxy Note 8 Bukan Biasa-Biasa

Dwi kamera dengan dwi penstabilan imej (OIS)

Samsung Galaxy Note 8 yang bakal mendarat di Malaysia akhir bulan ini bakal mengujakan peminat-peminat siri Note. Walaupun harganya mencecah sehingga empat ribu ringgit, kami pasti kali ini anda akan teragak-agak untuk memilikinya. Tetapi jika anda melihat teknologi dan inovasi yang diintegrasikan, ternyata harga ini sudah cukup berbaloi.

Michael Yeoh sedang memberi taklimat kepada peserta

Misalnya, baru-baru ini seorang jurufoto profesional, Michael Yeoh diundang Samsung Malaysia (SME) untuk memberi taklimat bagaimana kamera Galaxy Note 8 dapat berupaya dengan penuh kepada peserta yang hadir. Menceritakan tentang fungsi yang ditawarkan, Galaxy Note 8 dilengkapi dengan gabungan sensor telefoto dan sudut lebar yang mampu merakam gambar jauh menggunakan zoom optikal.

Contoh gambar diambil dengan cahaya yang terhad

Malahan penggambaran di malam hari pula tidak akan mengecewakan, ini kerana kedua-dua sensor hadir dengan aperture f/1.7 dan f/2.4 untuk lensa telefoto. Dengan bantuan dua penstabilan imej (OIS) dan autofocus yang pantas setiap gambar yang diambil lebih cepat, berkualiti dan jelas.

Live Focus

Tidak cukup dengan itu, Galaxy Note 8 juga menyediakan ciri-ciri menarik salah satunya ialah Live Focus. Anda boleh melaras sebanyak mana efek latar belakang untuk dikaburkan sebelum merakam gambar atau selepas di ruangan galeri. Selain itu, ciri Dual Capture pula akan mengambil dua gambar yang sama dalam mod telefoto dan sudut lebar. Sekaligus, dua versi yang berbeza ini akan disimpan di ruangan galeri untuk tatapan.

Samsung juga telah meletakkan sensor 8 Megapiksel pada kamera hadapan. Imej yang terang dan terperinci mampu dihasilkan melalui bantuan aperture f/1.7. Sementara, ciri Smart Auto Focus pula akan mengesan wajah di setiap rakaman.

Michael Yeoh sedang menyunting gambar menggunakan S-Pen

Pra tempah Samsung Galaxy Note 8 kini sedang berlangsung sehingga 10 Oktober depan. Jadi bagi anda semua yang masih menyatakan minat, anda masih lagi berbaki dua hari.

https://www.youtube.com/watch?v=KEHZBE8E0pw

Baca juga : Skrin Galaxy Note 8 Adalah Yang Terbaik Buat Masa Ini

You might also like