
OPPO Find X2 Sokong Pengecasan Pantas 65W – Pengisian Penuh Hanya Dalam 35 Minit Sahaja!
OPPO kini dalam persediaan untuk memperkenalkan generasi seterusnya untuk siri Find X iaitu OPPO Find X2. Menariknya, peranti ini didakwa menyertakan sejumlah penawaran yang menarik bersama spesifkasi tinggi – termasuklah pengecasan pantas 65W.
Menariknya mengenai teknologi ini adalah ia didakwa berupaya mengecas penuh dalam hanya 35 minit sahaja. Brien Shen menerusi laman twitter rasminya berkongsi pengalaman beliau dengan peranti ini – untuk makluman, peranti yang digunakan beliau adalah sampel pra-pengeluaran.
Beliau memulakan pengujian sekitar jam 8 pagi dengan bateri sebanyak 100% dan menggunakan fungsi dark mode serta auto brightness. Rutin harian utama beliau adalah media sosial, mesej dan beberapa perisian untuk kerja. Secara ringkasnya, anggaran 8 pagi hingga 6 petang bateri didapati berkurang hingga 38%. Ternyata, keupayaan jangka hayat bateri ini boleh dipuji!
OPPO Find X2 dijangka muncul pada 6 Mac ini dan seiring acara pelancaran ini, OPPO dijangka muncul dengan jam pintar baharu keluaran mereka. OPPO Find X2 dijangka membawakan rekaan serba baharu dengan cipset lebih berkuasa tinggi! Kita tunggu!