
LEVEL UP PLAY-ONE hari kedua berlangsung terus rancak berlangsung. Apa yang menjadi sorotan pada hari ini ada forum yang membincangkan isu mengenai kedudukan dan penerimaan rakyat Malaysia terhadap Streamer ini.

Forum tersebut yang dikendalikan oleh Muhammad Farouq dan ditemani oleh 3 orang ahli panel yang juga merupakan streamer wanita iaitu, Yana Samsudin yang juga merupakan seorang pelakon Yana Samsuddin, Missrose Gaming dan CHuChu Gaming.
Rangkuman daripada perbincangan forum tersebut adalah memperlihatkan bahawa Malaysia sudah menerima Streamer wanita. Sungguhpun, jumlah streamer wanita jauh lebih sedikit berbanding lelaki, namun content dan corak permainan yang ditampilkan setara dengan streamer lelaki.
Sungguhpun, ketiga-tiga panel forum tersebut terpaksa melalui cabaran dalam menangani persepsi masyarakat, namun, mereka tetap dapa terus bertahan sehingga menjadi antara streamer wanita tersohor di Malaysia.
Apa yang menjadi harapan kepada panelis pada hari ini adalah lebih ramai steamer dan pemain wanita akan lahir.

