Reviu Eksklusif: ASUS ZenFone 4 (ZE554KL), Dwi Lensa Dengan Rekaan Premium

Harga: RM 2,099

ASUS ZenFone 4 bukanlah sebuah peranti flagship kelas pertengahan yang paling berkuasa yang boleh anda miliki di pasaran, sungguhpun begitu ia boleh dianggap masih relevan pada masa sekarang melalui sokongan spesifikasi yang agak baik. Selain menyokong keupayaan penggambaran dwi lensa yang mempertaruhkan lensa biasa beresolusi 12 Megapiksel dan juga lensa sudut luas beresolusi 8 Megapiksel, ZenFone 4 juga dioperasikan dengan antaramuka terbaru ZenUI 4.0 berasaskan Android 7.1.1 Nougat yang tidak lagi memiliki bloatware atau lambakan aplikasi pra-pasang yang tidak akan digunakan oleh penguna. Lebih menariknya, rekaan panel belakangnya yang diperbuat daripada kaca 2.5D Corning Gorilla Glass kelihatan sangat menarik kerana tampil dengan efek biasan cahaya yang sangat memukau.

SPESIFIKASI

FIZIKAL

5.5 inci FHD

ASUS ZenFone 4 menampilkan sokongan paparan konvensional 16:9 dengan skrin 5.5 inci beresolusi 1080 x 1920 piksel. Sungguhpun begitu, ia masih memiliki kelebihan kerana paparan Super IPS+ menjanjikan tahap keterangan mencecah sehingga 600 nits. Selain itu ia juga memiliki saiz bezel hanya 2.1mm dengan permukaan skrin 2.5D Corning Gorilla Glass.

Lensa Swafoto

Bezel pada bahagian atas skrin kelihatan agak besar dan anda boleh menemui lensa swafoto beresolusi 8 Megapiksel, sensor proximity, dan juga lubang earpiece yang turut menempatkan lampu LED notifikasi. Untuk pengetahuan anda, lubang earpiece ini juga merupakan salah satu daripada speaker stereo.

Pengimbas Cap Jari

Sama seperti bezel pada bahagian atas, bezel bawah ZenFone 4 juga hadir dengan saiz yang agak besar. Namun begitu bahagian ini telah digunakan untuk menempatkan sensor pengimbas cap jari yang turut berfungsi sebagai butang Home kapasitif. Manakala kedua sisinya disediakan dengan butang Back dan juga Recent Apps dengan nyalaan lampu LED.

Kamera Utama

Sokongan dwi lensa beresolusi 12 Megapiksel dan 8 Megapiksel pada ZenFone 4 tampil dengan rekaan yang rata pada permukaan panel belakang yang diperbuat daripada kaca dengan efek yang sangat cantik. Bersebelahan lensa itu turut disediakan dengan sensor RGB Light dan juga LED Flash.

Speaker Stereo

Sama seperti konfigurasi speaker stereo pada iPhone dan juga Huawei, ZenFone 4 juga menyokong dua speaker yang terletak di bahagian bawah kerangka dan juga pada lubang earpiece. Bahagian ini turut menempatkan port USB Type-C dan juga port 3.5mm audio jack.

Slot Kad Hibrid

Slot kad boleh diakses menggunakan pin slot yang tersedia dalam pakej pembelian, dan ia menyokong slot kad jenis hibrid. Ini bermakna anda perlu membuat pilihan sama ada ingin menggunakan dua kad nanoSIM ataupun satu kad nanoSIM dan satu kad microSD.

 

ASUS ZENUI 4.0

 

PAKEJ PEMBELIAN

Kotak pembungkusan
Aksesori
  • ASUS ZenFone 4
  • Adapter pengecas 5V2A (10W)
  • Kabel USB Type-C
  • Earphone
  • Earbud
  • Pin slot kad
  • Sarung pelindung silikon

 

PRESTASI BENCHMARK

 

HASIL GAMBAR

Malam
Makro dengan pencahayaan baik
Makro dengan pencahayaan sederhana
Lensa utama biasa
Lensa kedua dengan sudut luas

 

KESIMPULAN

KELEBIHAN
  • Rekaan panel belakang yang diperbuat daripada kaca menampilkan efek yang sangat cantik.
  • Sistem kamera dwi lensa yang sangat praktikal kerana ia menyokong lensa biasa beresolusi 12 Megapiksel dan lensa sudut luas beresolusi 8 Megapiksel.
  • Sokongan memori yang agak besar iaitu memori dalaman sebesar 64GB dan RAM 6GB.
  • Ketahanan bateri 3300 mAh yang agak baik.
  • Antaramuka ASUS ZenUI 4.0 tampil lebih kemas dan ringkas.
KEKURANGAN
  • Saiz bezel pada bahagian atas dan bawah skrin yang terlalu besar dilihat kurang menarik.
  • Tidak dilengkapi dengan teknologi pengecas tanpa wayar dan tiada ciri kalis air.
  • Pemproses Qualcomm Snapdragon 630 sekadar menyokong prestasi yang sederhana.
  • Sekadar menyokong resolusi 1080 x 1920 piksel sahaja.
You might also like