
Yoodo baru-baru ini telah melancarkan perkhidmatan eSIM bagi peranti Apple iPhone XR, XS dan XS Max hanya melalui aplikasi Yoodo, tanpa perlu hadir ke kedai untuk melakukannya.
Anda hanya perlu muat turun aplikasi Yoodo di App Store, kemudian pilih “Activate a SIM” diikuti dengan “eSIM”. Yoodo membolehkan anda menentukan sendiri data Internet, panggilan suara dan SMS yang diingini.
Menurut Yoodo, mereka akan memperluaskan lagi perkhidmatan eSIM pada lebih banyak peranti yang menyokongnya pada masa kelak.
_________________________
Artikel Berkaitan:
- Hanya 5 Minit! Pendaftaran Celcom eSIM Sangat Mudah!
- Pertama Di Malaysia!! Xiaomi Dan Durian Man Perkenalkan e-SIM!

