
HTC Malaysia baru sahaja mengumumkan bahawa model HTC U Ultra akan menerima penurunan harga sebanyak RM400, daripada RM2,999 kepada RM2,599 pada 14 April yang lalu, dan kini satu model terhad diperkenalkan lagi, yang dikenali sebagai HTC U Ultra Sapphire Glass Edition.
Versi terhad ini secara keseluruhannya hadir dengan spesifikasi yang lebih kurang sama, perbezaan pada versi ini adalah menggunakan skrin kaca sapphire dan menawarkan memori dalaman 128GB. Kelebihan skrin kaca sapphire ini semestinya pada ketahanan dua kali ganda lebih keras berbanding kaca standard, turut boleh dikatakan keras seperti berlian.
HTC U Ultra Sapphire Glass Edition 128GB kini secara rasmi boleh didapati dengan tawaran harga RM2,999 dalam warna Sapphire Blue.

