HTC U Ultra Menerima Penurunan Harga Sebanyak RM400!

Tanggal 14 April semalam, HTC Malaysia telah mengumumkan bahawa model HTC U Ultra akan menerima penurunan harga sebanyak RM400, daripada RM2,999 kepada RM2,599!

HTC mungkin menyedari pengguna teragak-agak untuk membeli produk yang mahal di pasaran, dengan langkah ini membolehkan bakal pembeli mengurangkan kos lantas menjimatkan poket.

Pihak HTC Malaysia juga tidak melupakan pembeli awal HTC U Ultra dengan memberi hadiah eksklusif berupa HTC Re Camera dan sebuah lagi hadiah edisi terhad. Pembeli yang layak menerima hadiah dinyatakan terdiri daripada pembeli pada tarikh 1 Mac hingga 13 April yang lalu.

Anda boleh menebus hadiah dengan layari HTC U Ultra Early Buyer Appreciation Program. Program ini terbuka kepada sesiapa yang berminat dari tarikh 14 April hingga 12 Mei 2017, manakala kepada pembeli yang menebus melalui borang online akan mula menerima hadiah mereka mulai 12 Mei 2017.

You might also like