Tawaran Istimewa Sempena Bulan Ramadan – Huawei P9 dan Mate 9

Dalam meraikan bulan yang mulia iaitu Bulan Ramadan, Huawei memberi tawaran istimewa untuk peranti Huawei P9, Huawei Mate 9 dan Huawei Mate 9 Pro. Huawei P9 adalah telefon pintar pertama di dunia yang menggunakan jenis kamera kejuruteraan bersama dengan Leica. Dwi kamera yang terdapat di Huawei P9 ini mampu merakam gambar dengan jelas dan mengagumkan.

Untuk model Huawei Mate 9 pula, ia menggunakan kamera Leica generasi ke-2 dengan peningkatan kualiti dari segi penghasilan gambar. Manakala di peringkat atasan iaitu Huawei Mate 9 Pro, paparan yang digunakan beresolusi 1440 x 2560p (534ppi) untuk pengalaman menonton yang lebih gempak.

Harga istimewa ini sudah boleh didapati di seluruh negara.

Peranti Harga
Huawei P9 RM1,799 (Jimat RM300)
Huawei Mate 9 RM2,499 (Jimat RM200)
Huawei Mate 9 Pro RM3,299 (Jimat RM100)
You might also like