Neffos X1 Lite Dilancarkan Pada Harga RM499 – Kamera 13MP, RAM 2GB, Android 7.0

Berlangsung di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur, TP-Link telah melancarkan sebuah telefon pintar terbaru yang diberi nama Neffos X1 Lite. Model ini ditambah selepas siri terdahulu X1 dan X1 Max mendapat kejayaan di pasaran tempatan.

Telefon pintar kelas-permulaan ini bukan sekadar menawarkan harga mampu milik, malah pelbagai ciri dan spesifikasi menarik juga telah disediakan. Neffos X1 Lite dimuatkan dengan paparan HD 5 inci (1280x720p), pemproses MediaTek MT6750 lapan teras dan cip grafik Mali-T860MP2 mampu melakukan pelbagai tugasan dalam satu-satu masa dengan lancar.

Sudut penggambaran dilengkapi kamera utama menggunakan lensa 5P dan sensor 13 Megapiksel f/2.0 mampu merakam gambar dengan jelas. Manakala, kamera depan 5 Megapiksel bersama lensa sudut lebar 84 darjah turut menyediakan mod real-time beautify.

Sistem keselamatan dipertingkatkan dengan kehadiran pengimbas cap jari yang pantas, sekaligus kebolehan untuk nyahkunci hanya mengambil masa 0.2 saat sahaja. Bagi melengkapkan keupayaan peranti ini, ia juga dioperasikan Android 7.0 Nougat serta bekalan kuasa dari bateri berkapasiti 2,550mAh.

Neffos X1 Lite ditawarkan pada harga RM499 dengan pilihan warna Cloudy Grey dan Sunrise Gold. Oleh itu, anda boleh mendapatkannya di kedai-kedai sah seluruh negara bermula Ogos depan. Bagaimanapun, bagi anda yang ingin memilikinya dengan lebih awal, boleh terus membuat pembelian di laman e-dagang Lazada bermula hari ini.

Tidak dilupakan, Neffos juga memberi jaminan dua tahun untuk peranti Neffos X1 Lite dimana tiga bulan pertama adalah tukaran sebuah untuk sebuah. Maklumat lanjut mengenai produk boleh layari laman rasmi Neffos

You might also like