
OnePlus 5 baru sahaja dilancarkan pada bulan Jun yang lepas, ramai yang minat ingin memiliki satu bukan?! Kini Brightstar Malaysia secara rasminya telah membawa masuk peranti ini ke pasaran Malaysia dengan harga yang berpatutan.
Peranti flagship ini lebih mengutamakan fungsi kamera telah membekalkan dwi lensa pada kamera belakang dengan 16 Megapiksel f/1.7 aperture bersama bantuan OIS, serta 20 Megapiksel f/2.6 aperture mampu merakam dengan autofokus 40 peratus lebih pantas. Ia juga boleh mengambil gambar bokeh dengan mengaburkan imej latar belakang.
OnePlus 5 dimuatkan dengan set cip Qualcomm Snapdragon 835 dengan RAM 6GB/8GB, dan storan dalaman 64GB/128GB. Ketersediaan OnePlus 5 bermula 8 Julai 2017 di semua kedai pengedar sah dari Brightstar Malaysia. Bagi anda yang berminat, boleh membuat pra-tempah dahulu di Lazada (6GB / 8GB) dan DirectD mulai sekarang hingga 6 Julai 2017.
Harga OnePlus 5
- 6GB RAM / 64GB ROM: RM 2,388 (Slate Grey)
- 8GB RAM / 128GB ROM: RM 2,688 (Midnight Black)