
HARGA: (2GB) RM 769 / (3GB) RM 849
TP-LINK, bukanlah nama baru dalam pengeluaran smartphone hari ini, di mana sebelum ini telah memperkenalkan Neffos C5 dan Neffos C5 Max di pasaran Malaysia dengan harga mampu milik. Memilih pelakon J Revolusi, Fazura sebagai duta terbarunya, TP-LINK telah melancarkan dua model mampu milik iaitu Neffos X1 serta Neffos X1 Max di pasaran tempatan. Nak tahu apa yang menarik mengenai Neffos X1 ini? Teruskan membaca selanjutnya!
PERBEZAAN SPESIFIKASI
PAKEJ PEMBELIAN
- Kotak pembungkusan
- Neffos X1
- Earphone
- Kabel USB
- Pin slot kad
- Adapter pengecas
- Buku manual & Kad waranti
FIZIKAL
Paparan Skrin

Neffos X1 menampilkan rekaan logam yang kelihatan premium dengan ketebalan bezel hanya 0.6mm, malah rekaannya juga nipis iaitu 7.95mm.

Diserikan bersama paparan skrin 2.5D berukuran 5.0 inci dengan resolusi 1280 x 720 piksel, smartphone ini sangat selesa dipegang dengan sebelah tangan.

Butang Senyap
Pada bahagian sisi kiri smartphone telah disediakan dengan butang pintas senyap/kuasa sepertimana model keluaran Apple. Apabila terlupa untuk senyapkan smartphone di dalam bilik mesyuarat, anda tidak perlu susah-payah masuk ke ruangan tetapan, hanya perlu tekan butang pintas ini sahaja.
Penggambaran & Sensor Pengesan Cap Jari
Dibekalkan dengan lensa utama Sony IMX258 13 Megapiksel dengan bantuan auto fokus dan dual LED flash, penggambaran swafoto beresolusi 5 Megapiksel pula berkebolehan membuat rakaman video HD 1080p. Manakala di bahagian bawah kamera utama pula terdapat sensor pengesan cap jari yang sangat responsif.
Slot Kad SIM & Bateri
Slot kad SIM yang terletak di bahagian sisi kiri smartphone ini menempatkan kad SIM jenis hibrid, di mana anda hanya boleh menggunakan satu kad SIM sahaja jika ingin menggunakan kad tambahan microSD. Malah bateri smartphone yang tidak boleh dikeluarkan dari slotnya juga sedikit mengecewakan.
APA YANG COOL?!
Penggambaran

Walaupun hadir dalam kategori kelas pertengahan, penggambaran Neffos X1 tidaklah mengecewakan. Menyokong lensa kamera utama 13 Megapiksel dengan mod Multiple Shooting, PDAF dengan kepantasan 0.2 saat membuatkan anda tidak akan terlepas saat-saat indah bersama keluarga tersayang.

Malah sokongan lensa depan beresolusi 5 Megapiksel dengan tiga mod menarik seperti Normal, Beauty serta HDR juga dilihat satu kelebihan buat peranti ini.
Kaedah Pengesahan Biometrik
Nampaknya sudah banyak smartphone kelas pertengahan yang diperkenalkan hari ini menyokong fungsi pengimbas cap jari, begitu juga dengan Neffos X1. Bagi yang mementingkan aspek keselamatan smartphone daripada diakses oleh individu yang tidak diingini, Neffos X1 adalah satu pilihan yang terbaik buat anda. Selain menyediakan akses pengimbas cap jari yang lebih pantas, hanya 0.2 saat sahaja, ia juga menyokong lima cap jari dengan menu berbeza.
**INFO**
Settings → Fingerprint and encryption → Fingerprint management → Add a fingerprint
ZONE UJIAN!
I) Pengecasan Pantas
Selain pengimbas cap jari, pengecasan pantas juga nampaknya telah menjadi tren untuk smartphone kelas pertengahan hari ini. Ingin mengetahui sejauh mana kepantasan mengecas Neffos X1, yang menyokong fungsi Fast Charging? Lihat sendiri keputusan ujian yang dijalankan.
- Neffos X1 mula dicas apabila bateri tinggal 5%.
- Untuk 30 minit pertama, bateri Neffos X1 meningkat sebanyak 30%.
- Selepas 45 minit mengecas, bateri smartphone ini sebanyak 48%.
- Untuk mengecas penuh Neffos X1 dengan bateri berkapasiti 2250mAh, masa yang diambil kira-kira 1 jam sahaja.
II) Prestasi Benchmark
Neffos X1 telah dikuasakan oleh MediaTek Helio P10 yang dilancarkan bersama pemproses Octa-core 1.8GHz serta grafik ARM Mali-T860 MP2, ujian benchmark dijalankan bersama model Meizu Note M3 dan Xiaomi Redmi Note 4, mari sama-sama lihat keputusannya!
RUMUSAN…
Tidak dinafikan Neffos X1 yang dioperasikan dengan pemproses MediaTek Helio P10 dan menggunakan 28nm, nampaknya tidaklah begitu mengecewakan dari aspek prestasi. Jika dibandingkan dengan pemproses yang sama dan pemproses MediaTek Helio X20 dengan harga sedikit berbeza. Ke semua smartphone ini masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri.
HASIL GAMBAR


KOMEN EDITOR
Infinix Neffos X1 adalah sebuah smartphone mampu milik yang menawarkan fungsi premium! Ia bukan menampilkan rekaan mewah, tetapi mempertaruhkan pelbagai fungsi menarik untuk kegunaan seharian! Dengan harga yang mampu milik, anda boleh mendapatkan peranti dengan pemproses yang laju, dioperasikan oleh Android 6.0 Marshmallow, serta hadir dengan fungsi pengimbas cap jari untuk mereka yang mementingkan keselamatan data di dalam peranti.
Bukan itu sahaja, fungsi multimedia seperti lensa penggambaran 13 Megapiksel dengan sensor Sony IMX258, aperture f2.0, PDAF serta kamera hadapan untuk penggambaran swafoto dengan sokongan mod Beauty juga dilihat satu kelebihan buat peranti harga bawah RM1000. Lebih istimewa, dengan harga mampu milik anda boleh memiliki smartphone dengan teknologi pengecasan pantas. Kepada yang masih tercari-cari smartphone untuk dihadiahkan kepada ayah tersayang, Neffos X1 boleh dipertimbangkan.