Nokia 3310 Putin-Trump Edition Dijual Pada Harga Melebihi RM10 Ribu!

Bagaimana telefon asas berharga RM239 boleh menjangkau sehingga melebihi RM10 ribu?! Ini adalah jawapannya!

Sebuah syarikat keperluan mewah yang berpengkalan di Russia, Caviar telah menjual Nokia 3310 Putin-Trump Edition pada harga 149,000 Rubles sempena persidangan G20 yang berlangsung di Hamburg, Jerman Jummat lepas.

Nokia 3310 ini diberi kemasan baru yang menggunakan kerangka badan platinum, iaitu sejenis logam antara yang termahal di dunia bersama salutan dan kepingan emas potret ketua kepada dua kuasa besar iaitu Russia dan Amerika Syarikat.

Caviar menyasarkan penjualan peranti ini kepada pelanggan yang ingin ciri-ciri nostalgia dan klasik pada telefon moden.

Jika telefon ini lebih keras daripada peluru, apa salahnya jika anda simpan satu. Sebelum itu, pastikan duit anda bergunung di ruang tamu, ok?!

 

You might also like