
Satu lagi produk perkakasan rumah iaitu DEEBOT R98 diperkenalkan ke pasaran Malaysia. Ia sebuah alat pembersih lantai yang meliputi sapu, vakum, mop, dan pengering semua-dalam-satu. Produk ini sangat sesuai bagi golongan urban yang mempunyai masa yang terhad atau seseorang yang pentingkan masa.
Dilengkapi badan yang kecil, DEEBOT R98 mampu menyelinap ke setiap sudut rumah tanpa sebarang masalah. Menerusi teknologi Smart Navi, robot ini akan menganalisa ruang-ruang tertentu untuk mengoptimakan kaedah pembersihan yang paling sesuai. Kawalan boleh dibuat terus melalui aplikasi khas di telefon pintar.
DEEBOT R98 adalah alat perkakasan rumah moden yang boleh dimiliki pada harga RM3,799 di penjual terpilih Best Denki atau Home-Fix. Maklumat lanjut, anda boleh layari Ecovacs atau Banleong.com.