Huawei Terjun Ke Dunia VR

HuaweiVR-1200-80Teknologi VR telah berkembang baik dan semakin banyak syarikat tampil menghasilkan peranti VR mereka sendiri. Sebelum ini Sony hadir dengan peranti VR mereka yang boleh disambungkan ke konsol PS4 untuk bermain permainan video. Yang terbaru adalah Huawei juga tidak ketingglan dalam perkembangan teknologi ini, turut melancarkan peranti VR mereka yang mempunyai reka bentuk hampir sama dengan Samsung Gear VR.

Peranti tersebut dikenali sebagai Huawei VR dan berfungsi dengan memasukkan smartphone model Huawei P9 atau P9 Plus ke dalam slot hadapan. Ia juga mempunyai touchpad pada bahagian sisi bagi membolehkan pengguna mengakses kandungan dunia VR. Huawei berkata bagi memperkayakan lagi kandungan VR mereka, sebanyak 4000 filem, 40 permainan percuma, 350 gambar panorama dan 150 lawatan maya disediakan buat pengguna.

meitu

 

You might also like