Pengubahsuaian App Store

3.1Apple dikhabarkan mungkin akan mengubah susun atur aplikasi pada App Store mereka. Mengikut beberapa sumber, Apple sedang merangka dan meneliti kemungkinan bahawa cas diperkenalkan kepada developers untuk menjadikan aplikasi mereka lebih kerap dipaparkan pada sistem carian.

Ini bermakna apabila pengguna menaip terma pada bar carian, developers yang mahukan aplikasi mereka lebih kerap dipaparkan pada carian tersebut haruslah mengeluarkan sejumlah wang sebagai yuran servis kepada Apple. Menurut ura-ura, ketika ini hampir 100 orang pekerja Apple sedang melakukan kajian dan eksperimen ke atas model App Store terbaru ini. Ketika ini masih tiada pengesahan rasmi dari Apple tentang perkembangan terbaru ini, dan apakah reaksi yang bakal diberikan para developers sekiranya langkah pengubahsuaian tersebut benar-benar diambil pada masa hadapan.

You might also like