Speaker Dolby Akan Diguna Pakai Pada Peranti OPPO Tidak Lama Lagi

Peneraju audio terkenal dunia, Dolby Laboratories baru-baru ini membuat pengumuman mengenai kerjasama dengan syarikat telefon pintar dari China, OPPO dalam memeterai perkongsian harta intelek global yang strategik. Kerjasama ini bakal melihatkan OPPO dan Dolby membangunkan High-Efficiency Advanced Audio Coding dan teknologi berkaitan audio serta video.

High-Efficiency Advanced Audio Coding atau dengan nama ringkas, HE ACC merupakan piawaian antarabangsa yang digunakan Dolby oleh ratusan syarikat seluruh dunia. Selan itu, JPEG-HDR pula adalah piawaian yang membenarkan simpanan data untuk HDR melebihi 8-bit sesuai kepada kebanyakan pengguna.

Jadi dengan itu, kita mungkin bakal melihat telefon pintar OPPO dilengkapi perkakasan canggih daripada Dolby bertujuan memberikan pengalaman audio yang lebih baik di masa kelak. Sempena ulangtahun yang ke -10 OPPO pada tahun ini, OPPO telah berjaya memasuki pasaran Jepun dan di masa akan datang ia bakal diperluaskan ke Eropah

You might also like