Realme 3 Pro Diperkenal – Sokong Snapdragon 710 + Bateri 4,045 mAh

Realme akhirnya memperkenalkan pewaris baru mereka di bawah siri Realme 3 iaitu Realme 3 Pro. Realme 3 Pro nampak hadir dengan pelbagai penambahbaikan serta teknologi baru yang pastinya memenuhi keperluan pengguna masa kini.

Realme 3 Pro membawakan paparan bersaiz 6.3″ FHD+ bersama kahadiran takuk kecil. Enjin telefon pintar ini dijana oleh cipset Snapdragon 710 dan dibantu memori sehingga 6GB bersama storan dalaman sehingga 128GB.

Melengkapinya, bateri 4,045 mAh (melalui micro-USB) bersama pengecasan pantas VOOC 3.0. Realme 3 Pro turut dimuatkan teknologi Hyper Boost 2.0 bertujuan mengoptimumkan prestasi telefon.

Dari segi kamera, Realme 3 ditanam dengan dwi kamera utama dengan resolusi 16MP (f/1.7) (sensor Sony IMX519) + 5MP (f/2.4). Difahamkan, kamera utama berkeupayaan menyokong tangkapan foto dengan resolusi 64MP Ultra HD. Mengiringinya, kamera selfie dengan 25MP (f/2.0). Realme 3 Pro turut menyokong video gerak perlahan 960fps.

Realme 3 Pro menggunakan antaramuka ColorOS 6.0 berasaskan Android 9.0 Pie. Tersedia dalam tiga warna menarik iaitu Nitro Blue, Lightning Purple dan Carbon Grey, Realme 3 Pro ditawarkan di pasaran India pada harga berikut :

  • Realme 3 Pro (4GB + 64GB) – Rs.13,999 (~kira-kira RM832)
  • Realme 3 Pro (6GB + 128GB) – Rs.16,999 (~kira-kira RM1,010)
You might also like