
Twitter Menguji Fungsi “Sticker”
Sokongan sticker pada aplikasi permesejan semakin disukai, baru-baru ini Twitter sedang menguji fungsi terbaru yang mungkin akan diperkenalkan pada masa hadapan. Fungsi yang dikenali sebagai Stickers membolehkan anda meletakkan lapisan imej ke atas gambar sebelum anda menghantarnya sebagai tweet. Secara dasarnya ia memberikan fungsi ubah suai gambar yang boleh didapatkan pada kebanyakan aplikasi ubah suai foto.
Fungsi tersebut juga menawarkan sesuatu yang menarik, anda boleh melihat bagaimana pengguna lain mengubah suai gambar yang sama dan berkongsinya dengan rakan-rakan anda. Buat masa ini Twitter masih belum megumumkan atau memberikan apa-apa informasi bilakah fungsi ini akan dilancarkan.


